99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Sawah Padi Penuh Warna di Fujian Hasilkan Pemandangan Menakjubkan Musim Luruh

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 13 November 2024
Sawah Padi Penuh Warna di Fujian Hasilkan Pemandangan Menakjubkan Musim Luruh
Foto memaparkan sawah padi keemas-emasan di bawah sinaran mentari di kampung Tiantou, daerah Jimei, bandar Xiamen, Provinsi Fujian, tenggara China. (People’s Daily Online/Chen Bo)

Mutakhir ini, sawah padi yang berkeluasan sekitar 40 hektar di di kampung Tiantou, daerah Jimei, bandar Xiamen, Provinsi Fujian, tenggara China sudah beransur-ansur bertukar warna kepada kuning muda, menandakan ia mulai matang.

Campuran warna hijau muda, zamrud, kuning muda dan ambar, sekali gus menghasilkan pemandangan menyerupai palet warna sekiranya dilihat dari sudut udara.

Pada sebelah petang, sinaran cahaya matahari menembusi awan, menerangi sawah. Dengan latar belakang pergunungan biru yang jauh, sawah yang indah kelihatan seperti lukisan.

Semasa angin musim luruh bertiup, pepatung berlegar rendah, dan tangkai padi bergoyang perlahan, memenuhi udara dengan haruman unik.

Pemandangan musim luruh yang romantis ini menarik ramai penduduk tempatan dan pelancong, yang mengembara di sepanjang laluan sempit di ladang, seterusnya terbuai dalam musim nan indah.

Sawah padi yang berkeluasan sekitar 40 hektar mula matang di kampung Tiantou, daerah Jimei, bandar Xiamen, Provinsi Fujian, tengara China. (People’s Daily Online/Chen Bo)
Foto kanak-kanak perempuan dengan memakai pin rambut bunga berjalan-jalan di sekitar sawah padi di kampung Tiantou, daerah Jimei, bandar Xiamen, Provinsi Fujian, tenggara China. (People’s Daily Online/Chen Bo)
Pemandangan udara sawah padi pelbagai warnai, tidak ubah seperti palet warna di kampung Tiantou, daerah Jimei, bandar Xiamen, Provinsi Fujian, tenggara China. (People’s Daily Online/Chen Bo)
Padi yang matang kelihatan menguning di di kampung Tiantou, daerah Jimei, bandar Xiamen, Provinsi Fujian, tenggara China. (People’s Daily Online/Li Xianfeng)
Pelancong merakam detik indah ketika berjalan di sawah padi di kampung Tiantou, daerah Jimei, bandar Xiamen, Provinsi Fujian, tenggara China. (People’s Daily Online/Chen Bo)
Petani gigih bekerja di sawah padi di kampung Tiantou, daerah Jimei, bandar Xiamen, Provinsi Fujian, tenggara China. (People’s Daily Online/Li Xianfeng)
Sawah padi menarik kehadiran ramai pengunjung bagi menyaksikan sendiri keindahan musim luruh di kampung Tiantou, daerah Jimei, bandar Xiamen, Provinsi Fujian, tenggara China. (People’s Daily Online/Chen Bo)

Video

Berita Berkaitan