- Lain-lain
Xi Terima Watikah Pelantikan dari 28 Duta Besar Asing
Presiden China, Xi Jinping telah menerima watikah pelantikan yang diserahkan oleh 28 orang duta besar asing yang akan memulakan tempoh perkhidmatan di Dewan Besar Rakyat di bandar Beijing petang semalam.
Xi mengalu-alukan kedatangan kesemua 28 orang duta besar asing yang akan memulakan tugasan mereka di China dan berharap agar mereka meluangkan masa menjelajah ke serata China supaya mendapat pendedahan tentang negara ini dari sudut sejarah, masa sekarang dan masa depan, malah memainkan peranan sebagai pembina jambatan pertukaran, pendorong kerjasama dan pewaris persahabatan antara China dengan dunia.
Menurut Xi, modenisasi ala China bukan yang hanya tertumpu kepada kemaslahatan rakyat sendiri, sebaliknya China bersedia berkongsi peluang pembangunan domestik dengan pelbagai negara, dan bersama-sama memperjuangkan matlamat modenisasi di negara masing-masing yang berorientasikan keamanan, pembangunan, saling menguntungkan, kerjasama dan kemakmuran bersama.
Xi menekankan bahawa China sama sekali tidak berganjak dari mengharungi jalan pembangunan secara damai, berikrar bersama dengan pelbagai negara untuk mendorong multipolariti yang sama rata dan teratur di persada dunia, menganjurkan globalisasi ekonomi yang inklusif, dan mengamalkan nilai-nilai universal demi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
- China Komited Manfaatkan "Diplomasi Sukan" untuk Keamanan dan Kemakmuran Asia
- Wang Yi Bentang Prinsip China Selesai Isu Panas
- Lebih 80% Netizen Asing Puji Dasar Luar China
- Wang Yi Huraikan Diplomasi Kejiranan China yang Muhibah, Ikhlas, Sama Untung dan Inklusif
- Xi Terima Surat Tauliah Lantikan dari 42 Duta Besar Negara Asing
- Xi Temu Mesra dengan Perwakilan Diplomat China ke Negara Asing
- China Gariskan Hala Tuju untuk Diplomasi Masa Kelak
- Mesyuarat Pusat Gariskan Kerja Hal Ehwal Luar
- China Komited Perkasa Kerjasama dan Persahabatan dengan Negara Jiran
- Xi Pengerusikan Mesyuarat mengenai Pembangunan Berkualiti Jalur Ekonomi Sungai Yangtze, Kepimpinan PKC terhadap Ehwal Luar