99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Sorotan Penting Data Ekonomi China 2024

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 18 Disember 2024

Ekonomi China pada 2024 memperlihatkan trend positif dengan secara keseluruhannya kekal stabil. Ini adalah sebahagian daripada sorotan penting ekonomi China pada tahun ini.

706.5 juta tan hasil bijirin

Menurut Biro Statistik Kebangsaan pada 13 Disember, pengeluaran bijirin China pada 2024 mencatatkan rekod tinggi baharu iaitu 706.5 juta tan, menyaksikan kenaikan sebanyak 1.6 peratus berbanding tahun terdahulu.

Jentera pertanian sedang bekerja di sawah padi di Bandar Fuyuan, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 11 Oktober 2024. (Xinhua/Wang Jianwei)

Jentera pertanian sedang bekerja di sawah padi di Bandar Fuyuan, Provinsi Heilongjiang, timur laut China pada 11 Oktober 2024. (Xinhua/Wang Jianwei)

Kejayaan tersebut bukan sekadar hasil daripada kerja keras petani, tetapi juga keberhasilan inovasi teknologi dalam pertanian. Sebagai contoh, syarikat seperti Sinochem dan Kumpulan Syngenta telah mengubah banyak tanah masin alkali kepada tanah subur di kawasan seperti daerah Dawukou di Wilayah Autonomi Hui Ningxia dan bandar Da’an di Provinsi Jilin dengan memanfaatkan penggunaan teknologi.

150 bilion bungkusan

China turut menyaksikan volum penghantaran bungkusan pada 2024 melepasi angka 150 bilion pada 17 November, sekali gus memperlihatkan kejayaan dalam pasaran penghantaran bungkusan negara.

LIi Yongsong, wakil Biro Pos Negara menyatakan bahawa China kini telah memasuki fasa baharu iaitu volum tahunan dan hasil perkhidmatan penghantaran ekspres melangkaui 100 bilion bungkusan dan RMB1 trilion.

Tambahnya, China juga telah mewujudkan jaringan penghantaran ekspres yang terangkum dan mudah akses, dengan saiz serta bilangan terbesar di dunia.

Untuk rekod, China mengekalkan kedudukannya sebagai pasaran runcit dalam talian terbesar dunia untuk beberapa tahun berturut-turut. Dari Januari hingga Oktober 2024, jualan runcit dalam talian negara itu mencapai RMB12.4 trilion, iaitu pertumbuhan 8.8 peratus dari tahun ke tahun.

10 juta kenderaan tenaga baharu

Pada 14 November, pengeluaran tahunan kenderaan tenaga baharu (NEV) China berjaya melepasi angka 10 juta buat pertama kalinya.

Foto memperlihatkan BYD model Yangwang U7 pada Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-22 di Kompleks Pameran Import dan Eksport China di Provinsi Guangdong pada 15 November 2024. (Xinhua/Deng Hua)

Foto memperlihatkan BYD model Yangwang U7 pada Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ke-22 di Kompleks Pameran Import dan Eksport China di Provinsi Guangdong pada 15 November 2024. (Xinhua/Deng Hua)

China juga menjadi pendahulu dunia buat sembilan tahun berturut-turut sejak 2015 dalam jualan dan pengeluaran NEV, selain turut meliputi sebanyak 60 peratus daripada jumlah global pada 2023.

Kejayaan tersebut sekali gus mencerminkan langkah strategi negara dalam menaik taraf industri automobil dan pembangunan hijau.

BYD, pengeluar NEV terkemuka China kini telah menfailkan permohonan sebanyak 32 paten secara purata setiap hari bekerja. Pembangunan pesat NEV secara tidak langsung memperlihatkan contoh jelas dalam penaiktarafan sektor pembuatan China.

Memetik agensi berita Britain, Financial Times, China membuat dan memiliki lebih daripada separuh kereta elektrik dunia, dan jenama China kini mendahului dalam membangunkan perisian untuk menambah baik prestasi kenderaan.

Jumlah kapasiti terpasang tenaga angin dan solar cecah 1.2 bilion kilowatt

Menjelang penghujung Julai 2024, jumlah kapasiti terpasang tenaga angin dan solar China mencecah 1.21 bilion kilowatt.

Menurut Pentadbiran Tenaga Negara (NEA), ia secara tidak langsung mencapai sasaran 2030 yang dibuat pada Sidang Kemuncak Sasaran Iklim iaitu sekitar enam tahun lebih awal daripada jadual.

Menjelang akhir September lalu, kapasiti tenaga angin dan solar terpasang baharu negara menyumbang kepada lebih 80 peratus daripada jumlah kapasiti yang baru dipasang.

Zhang Xing, jurucakap NEA berkata bahawa untuk tiga suku pertama 2024, penjanaan tenaga boleh diperbaharui China meningkat 20.9 peratus tahun ke tahun kepada 2.51 trilion kilowatt-jam, menyumbang kira-kira 35.5 peratus daripada jumlah penjanaan kuasanya.

4.1 juta stesen 5G

Data Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat pada 5 Disember lalu menunjukkan bilangan stesen pangkalan 5G di China melebihi 4.1 juta, dan setiap bandar turut mendapat liputan rangkaian 5G.

Dengan 995 juta pengguna mudah alih 5G, China telah menyepadukan teknologi 5G ke dalam 80 sektor utama ekonomi negara.

Perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah mencecah 100,000 perjalanan

Kereta api kargo China-Eropah yang ke-100,000, telah berlepas dari Perbandaran Chongqing di barat daya China, dan tiba di Duisburg, Jerman pada 3 Disember lalu.

Foto bertarikh 3 Disember 2024 ini memaparkan kereta api kargo China-Eropah yang ke-100,000 di Terminal Intermodal Duisburg Jerman. (Xinhua/Du Zheyu)

Foto bertarikh 3 Disember 2024 ini memaparkan kereta api kargo China-Eropah yang ke-100,000 di Terminal Intermodal Duisburg Jerman. (Xinhua/Du Zheyu)

Sejak beroperasi pada 2011, kereta api kargo China-Eropah telah menghantar lebih daripada 11 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) barangan, dengan anggaran jumlah AS$420 bilion.

Sementara itu, kecekapan operasinya telah meningkat dengan ketara, dengan masa yang diperlukan untuk menyelesaikan 10,000 perjalanan dikurangkan daripada 90 bulan kepada hanya enam bulan.

Perkhidmatan kereta api kargo China-Eropah yang berkembang pesat mencerminkan hubungan ekonomi dan perdagangan yang semakin erat antara China dan negara lain.

Dalam 11 bulan pertama 2024, jumlah import dan eksport barangan China mencecah RMB39.79 trilion, meningkat 4.9 peratus tahun ke tahun.

Dalam tempoh yang sama, perdagangan China dengan negara dan wilayah yang mengambil bahagian dalam Inisiatif Jalur dan Laluan berjumlah RMB18.74 trilion, peningkatan sebanyak 6 peratus tahun ke tahun.

Video

Berita Berkaitan