- Lain-lain
Wain Keluaran Ningxia Makin Tinggi Prestij (2)
Seorang pempamer dari Georgia memperkenalkan wainnya kepada hadirin semasa Persidangan Antarabangsa Industri Anggur dan Wain di Yinchuan pada 9 Jun. (foto: Feng Kaihua/Xinhua)
Tempahan luar negeri meningkat
Menurut Zeng Xiaojun, pemilik Chateau Lansai, jumlah tempahan menjadi-jadi meningkatnya pada akhir-akhir ini, hinggakan tempat simpanan di kilangnya yang tidak kurang daripada 1,000 meter persegi luas hampir tidak muat untuk menyimpan botol-botol wain yang menunggu dihantar.
Pada masa ini, Zeng sedang sibuk membuat persiapan untuk memperluas ruang simpanan itu bagi membolehkan kilangnya memenuhi tempahan yang semakin banyak dari luar negeri.
Sama seperti Chateu Lansai, wain keluaran Copower Jade Winery antara yang paling awal menembusi pasaran antarabangsa.
Bulan lepas, wain Copower dipamerkan dalam sebuah ekspo di Muzium Britain di London, memberikan produk tersebut pendedahan kepada pembeli dan pengedar peringkat pertama dari serata dunia.
Lokasinya di kaki timur Pergunungan Helan, yang sejajar selarian latitud 38 darjah utara atau dipanggil garis nisbah keemasan bumi, memberi Ningxia kelebihan dari segi persekitaran yang kondusif bagi perkembangan industri wain tempatan.
Misalnya, cuaca yang cukup cerah dan panas, tanah yang kaya dengan unsur-unsur jarang ditemui serta turun naik suhu harian, mewujudkan satu persekitaran semula jadi unik yang ideal untuk penanaman anggur dan pengeluaran wain berkualiti tinggi.
Inilah sebabnya ramai pakar menganggap Ningxia salah satu tempat terbaik di dunia bagi menghasilkan wain, sama seperti Burgundy di Perancis dan Lembah Napa di California, Amerika.