- Lain-lain
Wain Keluaran Ningxia Makin Tinggi Prestij (3)
He Yangyang menunjukkan anugerah-anugerah pertandingan antarabangsa yang dimenangi wain keluaran kilangnya kepada anaknya. (foto: Yan Dongjie/China Daily)
Mengatasi Penggurunan
Yang Ying, seorang kakitangan ladang anggur, menerangkan bahawa lokasi Yinchuan di barat daya China bermakna tanah di situ dahulunya gersang. Namun, tanah berpasir longgar yang kaya dengan unsur-unsur surih sesuai untuk penanaman anggur.
Kegiatan penanaman yang dijalankan oleh ladang-ladang anggur tanpa henti turut membawa impak ketara dalam mengurangkan kelajuan angin dan membaiki keadaan tanah berpasir.
"Berbanding 10 tahun lepas, sekarang sudah kurang hari yang berlakunya tiupan angin kuat dan berpasir," maklum Yang.
Pada akhir abad lalu, timbul kesedaran meluas dalam sektor awam, kalangan peniaga serta penduduk dari pelbagai lapisan masyarakat Ningxia akan peri pentingnya usaha melindungi ekosistem setempat dan menambah baik persekitaran. Hasilnya, banyak kawasan hutan berpokok hijau ditanam sekitar masa yang sama.
Setakat 2021, lebih 333,000 hektar bumi Yinchuan dilitupi kehijauan daripada usaha penghutanan. Liputan hutan direkodkan dengan kadar 13.5 peratus, sementara kadar penghijauan kawasan yang mempunyai binaan mencapai 40.68 peratus. Ini meletakkan Yinchuan di tempat terdepan antara beberapa banyak ibu provinsi di barat daya China.