- Lain-lain
Wain Keluaran Ningxia Makin Tinggi Prestij
Pelancong melawat kilang wain Yuanshi Winery yang terletak di kaki Pergunungan Helan, Yinchuan, pada 10 Jun. (foto: Wang Peng/Xinhua)
Berdozen-dozen sijil bergantungan menghiasi dinding ruang depan rumah He Yangyang, yang mengendalikan kilang wain Ningxia Yangyang International Winery.
"Kesemua sijil ini dari sebelum tahun 2018. Yang diperoleh selepas itu tidak kami gantung sebab bukan lagi perkara baharu. Kilang wain Ningxia selalu saja menang dengan mudah dalam pertandingan-pertandingan antarabangsa," kata He.
Beberapa hari lalu, lebih 40 pingat emas dianugerahkan kepada wain-wain keluaran wilayah autonomi Hui Ningxia, menurut senarai dari Decanter World Wine Awards (DWWA) yang dianjurkan di Britain.
Ningxia yang letaknya di barat laut China, mempunyai lebih 200 kilang wain, dan lebih 60 daripadanya telah menyambar sekurang-kurangnya 1,000 anugerah dalam pelbagai acara pertandingan peringkat global.
Dalam masa 20 tahun lalu, Ningxia giat memajukan industri anggur dan wain tempatan. Di wilayah itu, kini terdapat hampir 40,000 hektar anggur yang ditanam, dengan 228 kilang wain dan ladang anggur diusahakan. Output tahunan pula mencecah 138 juta botol.
Wain keluaran Ningxia dieksport ke lebih 40 negara dan wilayah, menjana pendapatan melebihi 34 bilion yuan (22 bilion ringgit) setahun.