- Lain-lain
Wain Keluaran Ningxia Makin Tinggi Prestij (4)
Pekerja memetik anggur di ladang milik Chateau Walphon di wilayah autonomi Hui Ningxia pada 16 September 2022. (foto: Wang Peng/Xinhua
Pemuliharaan Alam Sekitar
Kerja-kerja pemuliharaan alam sekitar di Pergunungan Helan telah membuahkan hasil yang cukup mengagumkan.
Ekoran prestasi ini, Yinchuan telah digolongkan dalam kumpulan pertama bandar tanah basah antarabangsa sedunia, juga dijadikan bandar contoh peringkat negara bagi pengurusan air buangan dan berbau.
Pada 2008, pihak berkuasa tempatan Ningxia mengeluarkan arahan yang berbunyi, "Kita mesti melonjakkan industri anggur kita sampai ke tempat teratas, dengan kesungguhan dan tekad yang luar biasa. Kita tidak akan berhenti hinggalah kita tampil sebagai yang terunggul di China."
Menyahut seruan kerajaan, satu kumpulan usahawan yang yakin akan prospek industri wain anggur, menanam modal dalam pembinaan ladang anggur. Usahawan dari seberang laut juga berpusu-pusu datang ke Ningxia, menebus guna tanah tandus dan membuka ladang anggur.
Minggu lepas, ketua pengarah International Organization of Vine and Wine, Pau Roca membangkitkan isu perubahan iklim, yang tetap menjadi cabaran utama bagi dunia. Beliau yang berucap secara dalam talian sempena majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Industri Anggur dan Wain, menekankan bahawa industri berkenaan boleh membuat sumbangan yang berfaedah.
"Potensi yang dimiliki China dalam aspek penyelidikan dan teknologi-teknologi baharu mengharuskan negara ini terlibat dengan peranan yang sewajarnya untuk membentuk pola global berkaitan anggur dan wain," katanya.
"Kisah kejayaan Ningxia adalah pada status bandar itu sebagai zon rintis… kita kini menanti-nantikan penglibatan China sebagai anggota penuh (pertubuhan ini) tidak lama lagi, dengan segala hak dan pengaruh yang sepatutnya."