- Lain-lain
Edisi Indonesia, Thai “Gendang Gangsa China-Asia Tenggara” Dilancar
Majlis pelancaran. (China News Agency/Yang Chen)
Majlis pelancaran siri buku “Gendang Gangsa China-Asia Tenggara” edisi Indonesia dan Thailand diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi pada 21 Disember.
Gendang gangsa dapat dijumpai di mana-mana sahaja di selatan China, begitu juga di kebanyakan negara Asia Tenggara termasuk Vietnam, Laos, Kemboja, Myanmar, Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia. Objek ini membawa dan menyimpan unsur-unsur budaya seperti kepercayaan agama, adat resam, cita-cita dan nilai-nilai estetik yang menjadi teras hidup etnik-etnik tempatan.
Siri buku “Gendang Gangsa China-Asia Tenggara” mengandungi 10 jilid, kesemuanya dihimpunkan oleh pasukan penyelidik menerusi penggambaran di enam negara ASEAN. Koleksi tersebut dianggap sumber bahan langsung yang paling berwibawa dan paling berharga dalam mengkaji gendang-gendang gangsa yang ada di China dan Asia Tenggara.
Edisi Indonesia dan Thailand yang dilancarkan kali ini disusun berdasarkan gambar, yang diiringi penjelasan dalam bentuk teks. Selain menonjolkan rupa dan ciri-ciri pelbagai gendang gangsa yang ditemui di Indonesia dan Thailand, maklumat komprehensif yang tersedia turut memperkenalkan ritual dan adat resam berbagai-bagai kelompok etnik yang menggunakan gendang gangsa.
Faktor yang membolehkan budaya gendang gangsa, sesuatu yang sudah diperturunkan selama beribu-ribu tahun, berkekalan malahan berkembang subur hingga ke hari ini adalah pertukaran dan saling belajar yang berlaku antara pelbagai kumpulan etnik. Sejarah pertukaran dan saling belajar ini telah mengikat China dan Asia Tenggara dalam jalinan yang rapat, sekali gus membuka jalan kepada integrasi melalui interaksi yang berterusan. Lebih daripada sekadar pemaparan hubungan China dan Asia Tenggara dari sudut sejarah, pertalian ini juga menjadi asas kepada pembangunan Jalur dan Laluan serta komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.
- Bulan Budaya China-ASEAN Pertama Dirasmikan
- Pintu Sempadan China-Vietnam di Guangxi Makin Sibuk
- Festival Muzik Greencity Pertama Diadakan di Nanning
- Riang Ria Hari Raya 3 Mac Etnik Zhuang
- China, AS Diseru Intensifkan Persefahaman Kebudayaan
- Interaksi Budaya China-AS Memuncak di Beijing
- “Gadis Pingpong” Malaysia Tanam Hasrat Jadi Pembawa Obor Budaya China
- Xi Hantar Surat Tahniah kepada Persidangan Pengajian China Dunia -Forum Shanghai
- Persidangan Pengajian China Dunia Dirasmikan di Shanghai
- Persidangan "Understanding China" 2023 Galak Kesalingfahaman China dan Dunia
- Xi Mahu Guangxi Tulis Babnya dalam Modenisasi Ala China
- Monyet Daun Francois Ditemui di Barat Daya China
- "Naga Gergasi" Sambut Hari Perahu Naga
- Jumlah Pelancong Melalui Pelabuhan Dongxing Lebihi 1.5 Juta
- Fenomena Air Dua Warna di Tempat Temu Tiga Sungai
- Guangxi Dapat Durian Runtuh Daripada Kemasukan Barang, Pelancong
- Warna-warni Pantai Jintan di Guangxi
- Ribuan Orang Persembah Tarian Dalang Etnik Zhuang semasa Shuangjiang
- Presiden Xi Adakan Tinjauan di Bandar Nanning
- Presiden Xi Lawat Bandar Laibin