99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Prob Chang'e-6 Sempurnakan Pensampelan Bulan

(CRI)Selasa 04 Jun 2024

Alat penghantar (ascender) prob penyelidikan Chang'e-6 yang membawa sampel dikumpul dari sisi jauh bulan berjaya memasuki orbit yang ditetapkan pada pagi Selasa, kata Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA).

Bermula Ahad hingga Isnin, Chang'e-6 menyempurnakan kerja persampelan secara pintar dan pantas di Lembangan Kutub Selatan-Aitken (SPA) di bahagian jauh bulan, dan sampel berkenaan disimpan di dalam bekas di alat penghantar.

Menurut CNSA, kerja persampelan itu dilakukan dengan dua kaedah, iaitu menggunakan gerudi untuk mengumpul sampel bawah permukaan dan mengambil sampel pada permukaan dengan lengan robot. Ia secara automatik mengumpul sampel yang pelbagai di tapak yang berbeza.

Pelbagai muatan dipasang pada alat pendarat Chang'e-6 antaranya termasuk kamera pendaratan, kamera panoramik, pengesan struktur tanah bulan dan alat penganalisis spektrum mineral bulan.

Kesemua kelengkapan itu berfungsi dengan baik dan memastikan penerokaan saintifik dijalankan seperti dirancang.

Chang'e-6 dilancarkan pada 3 Mei untuk misi mengumpul sampel dari sisi jauh bulan, dan pendaratan berjaya dilakukan di lokasi dipilih iaitu Lembangan SPA pada 2 Jun.

Video

Berita Berkaitan