99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kampung Kecil di Guangxi Dilimpahi Tuaian Anggur

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 06 September 2024
Kampung Kecil di Guangxi Dilimpahi Tuaian Anggur
Foto anggur di pangkalan penanaman anggur di kampung Gucun, perbandaran Wushan, daerah Xingbin, Laibin, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Setibanya di perkampungan Gucun, perbandaran Wushan, daerah Xingbin, Laibin, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China, anda akan disambut oleh gugusan anggur yang tergantung pada pokok anggur.

Ruang udara akan dipenuhi dengan keharuman buah anggur tersebut. Bagi petani, mereka akan sibuk bergerak di antara deretan pokok anggur untuk memetik, menimbang, dan meninju hasil tuaian. Di raut wajah mereka, terpancul seri kegembiraan dengan kehadiran musim yang melimpah ruah.

Untuk pengunjung pula, tangan masing-masing tergenggam bakul yang dibawa melalui ladang anggur, seterusnya memetik anggur yang berkilauan dan merasai sendiri nikmat kurniaan alam semula jadi.

Kesibukan petani dan gelak tawa pengunjung bersama-sama memperlihatkan gambaran harmoni kehidupan desa.

Gucun, yang pernah menjadi perkampungan pendatang yang dilanda kemiskinan di daerah Xingbin, kini dilimpahi dengan kemakmuran yang membangunkan industri unik termasuk penanaman anggur.

Dengan memanfaatkan keadaan iklim kampung yang segar, seorang pakar pertanian bersara dari jabatan pertanian dan hal ehwal luar bandar wilayah autonomi telah kembali ke kampung untuk membantu penduduk kampung membangunkan industri anggur.

Gucun membina pangkalan penanaman anggur pada 2008 dan menubuhkan koperasi anggur pada 2014, mempromosikan penyeragaman dan penjenamaan anggur.

"Pada 2016, kami mendaftarkan tanda dagangan untuk anggur Gucun dan menerima pensijilan produk bebas pencemaran. Pendapatan penduduk kampung telah meningkat dari tahun ke tahun. Menanam anggur sahaja telah menjamin pendapatan per kapita mereka melebihi RMB10,000 yuan RM6,000)," kata Lu Dinghui , seorang pegawai kampung Gucun.

Pada masa ini, kawasan penanaman pangkalan tanaman anggur telah melebihi 600 mu (40 hektar) dengan nilai keluaran anggur di pangkalan penanaman pada 2024 dijangka mencecah RMB5 juta.

"Keluarga saya menanam 8 mu anggur. Dengan menanam anggur, saya membina rumah dan membeli kereta. Kehidupan saya semakin baik," kata seorang penduduk kampung di Gucun.

Dengan sokongan padu daripada jabatan berkaitan, Gucun, yang berhampiran dengan taman tanah lembap negara, telah memanfaatkan kelebihan geografinya untuk membangunkan ekopelancongan dan pelancongan luar bandar.

Ia telah menambah baik kemudahan pelancongan dan menanam buah-buahan lain selain anggur, menarik ramai pelancong untuk pergi bersiar-siar dan merasai pengalaman memetik buah.

Video

Berita Berkaitan