99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Naib PM China Seru Usaha Bersama Global, Bina Masa Depan Digital

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 21 November 2024
Naib PM China Seru Usaha Bersama Global, Bina Masa Depan Digital

Komuniti antarabangsa diseru untuk bersama-sama membina masa depan digital lebih baik, serta menangani isu seperti jurang digital dan situasi mendesak dalam keselamatan siber.

Demikian ujar Naib Perdana Menteri China, Ding Xuexiang semasa menyampaikan ucaptama pada upacara pembukaan Kemuncak Sidang Internet Dunia (WIC) 2024 di Wuzhen, Provinsi Zhejiang, timur China, pada Rabu.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, Ding turut menyatakan bahawa China telah berkongsi peluang pemodenan dengan pelbagai negara di dunia, serta menyuntik dorongan baharu terhadap pemodenan global.

Naib perdana menteri itu juga menekankan bahawa pencapaian terkini teknologi berhubung internet, data raya, pengkomputeran awan, kecerdasan buatan (AI) dan rantaian blok sentiasa diperbaharui, serta memperkasakan pembangunan ekonomi dan sosial.

Pada masa sama, Ding berkata bahawa jurang digital juga semakin meluas, sementara situasi berhubung keselamatan siber turut semakin parah, sekali gus menyaksikan usaha bersama memajukan komuniti berkongsi masa depan dalam ruang siber semakin diperlukan.

Lapor Xinhua, antara cadangan yang dikemukakan Ding pada acara itu adalah menambah baik tata kelola global dan menegakkan multilateralisme sebenar di alam siber; mempromosikan kerjasama dalam AI, data raya, dan rantaian blok, sambil memajukan usaha kolaboratif dalam penyelidikan asas dan teknologi canggih; mempromosikan perkongsian pencapaian pembangunan internet di seluruh dunia dan membantu negara membangun dalam memajukan maklumat; serta meningkatkan keberkesanan dan kerjasama terhadap keselamatan ruang siber.

Video

Berita Berkaitan