- Lain-lain
Sektor Industri Automobil Britain Diseru Tingkatkan Kerjasama dengan China
Tokoh-tokoh dari Britain menyeru agar sektor industri automobil negaranya meningkatkan kerjasama dengan China untuk mempercepat transformasi karbon rendah. Seruan ini dikeluarkan daripada Forum Kerjasama Automobil China-Britain yang diadakan di Birmingham pada 7 Disember.
Ketua Eksekutif Persekutuan Jurutera Automotif Antarabangsa (FISITA), Chris Mason ketika menyampaikan ucapan melalui pautan video menyatakan bahawa Britain adalah negara kuat dalam industri automobil secara tradisi, manakala China yang hebat dalam teknologi inovatif berada di landasan berkembang menjadi peneraju pengeluaran kenderaan elektrik bateri (BEV) di sejagat. Kedua-dua negara ini boleh mendorong pencapaian baharu dalam industri automobil dengan pengetahuan profesional yang dikuasai masing-masing.
Claire Urry, Ketua Pegawai Komersial Majlis Perniagaan Britain-China menyatakan bahawa kedua-dua negara ini telah menyedari bahawa adalah mendesak untuk mengatasi perubahan iklim serta meningkatkan penyelidikan dan pengeluaran kenderaan yang sifar dalam pelepasan ekzos. Kolaborasi dan usaha sama kedua-dua negara ini berkemungkinan boleh membentuk semula landskap industri automobil dalam senario global, dan mempercepat promosi serta memacu penggunaan BEV. Ini kondusif bagi mengurangkan pelepasan gas rumbah hijau sekali gus menggalakkan inovasi teknologi dan pertumbuhan ekonomi.
Para peserta menganggap tindakan Kesatuan Eropah menambah tarif anti-subsiti ke atas BEV yang diimport dari China sama dengan mencipta rintangan terhadap perkembangan industri terbabit.
- Pengeluaran Tahunan NEV China Lepasi 10 Juta
- Sinergi Lebih Rancak Industri Automotif, Sasaran Henan
- Pikap Elektrik Buatan China yang Pertama Mula Dipasarkan di Thailand
- China Failkan Pertuduhan Berhubung Keputusan EU tentang Tarif Import BEV
- Shenzhen Aktif Wujudkan ‘Bandar Pengecasan Super’
- Pengeluar Auto China Bantu Industri Kenderaan Thailand ke Arah EV
- China Bantah Keputusan Muktamad EU tentang Anti-subsidi BEV
- CCPIT Harap Selesaikan Pertikaian Perdagangan BEV dengan EU
- EV Jenama China Mendominasi Pasaran Indonesia pada Ogos
- Pencapaian Industri Bateri Kuasa, Rantaian Bekalan, Ditonjolkan pada Persidangan Bateri Kuasa Dunia 2024