- Lain-lain
China Lanjutkan Kemudahan Transit Tanpa Visa kepada 240 Jam
China mengumumkan kelonggaran dasar transit bebas visa bagi membolehkan pengembara asing masuk dan tinggal di negara ini selama 240 jam atau 10 hari berbanding 72 jam dan 144 jam yang ditawarkan dahulu.
Pentadbiran Imigresen Negara (NIA) China menerusi pengumuman pada Selasa berkata sebanyak 21 pintu sempadan tambahan dibuka kepada pengembara asing yang menikmati kemudahan transit tanpa visa, menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 60.
Menurut NIA, warga dari 54 negara termasuk Rusia, Brazil, Britain, Amerika Syarikat dan Kanada, yang transit di China menuju ke destinasi lain, dibenarkan masuk ke China melalui mana-mana 60 pintu sempadan itu dan boleh singgah buat tempoh tidak melebihi 240 jam.
Dicatatkan bahawa jumlah pengembara asing yang masuk China melalui pintu sempadan serata negara meningkat kepada 29.218 juta bagi tempoh Januari hingga November 2024, antaranya sebanyak 17.446 juta yang menikmati kemudahan transit bebas visa.
- Dasar Bebas Visa Dorong Pengembara Korea Selatan ke China
- China Komited Permudahkan Perjalanan Pelancong Asing
- Lagi Banyak Negara Asing Tersenarai dalam Skim Pengecualian Visa China
- Lapangan Terbang Daxing Beijing Kendali 4 Juta Penumpang Antarabangsa
- Dasar Bebas Visa Lonjak Pelancongan Masuk ke Xi’an
- 9 Negara Lagi di Bawah Dasar Bebas Visa China
- China Laksanakan Pengecualian Visa terhadap Empat Negara Lagi
- Dasar Bebas Visa Lonjak Kedatangan Pelancong China ke M’sia Hampir 200 Peratus
- Thailand Lanjutkan Tempoh Bebas Visa Bagi Pelancong Asing
- China Perluas Dasar Transit Bebas Visa ke Lebih Banyak Pintu Masuk