99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Indonesia Rai Ulang Tahun Ke-618 Ketibaan Armada Cheng Ho

Indonesia Rai Ulang Tahun Ke-618 Ketibaan Armada Cheng Ho
Orang ramai menghadiri acara kebudayaan untuk memperingati ulang tahun ke-618 ketibaan pelayar Dinasti Ming China, Cheng Ho di Kuil Sam Poo Kong, Semarang, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia, pada 19 Ogos 2023. (Xinhua/Kalila)

Sempena ulang tahun ke-618 ketibaan pelayar Dinasti Ming China, laksamana Cheng Ho di Indonesia, negara republik itu telah menganjurkan aktiviti di Kota Semarang, ibu kota Provinsi Jawa Tengah, pada Sabtu.

Mengimbas kembali sepanjang 28 tahun pelayaran Cheng Ho, beliau telah beberapa kali mengetuai armada besar untuk mengunjungi Indonesia dan pulau Jawa, selain turut melakukan pertukaran ekonomi dengan penduduk tempatan dalam pelbagai kaedah.

Pertukaran ekonomi dan perdagangan antara pelayaran Cheng Ho dan Semarang memberi kesan positif kepada kedua-dua ekonomi purba dan kerjasama ekonomi moden antara Indonesia dengan China.

Untuk rekod, Kota Semarang mempunyai hubungan sejarah yang panjang dengan Cheng Ho dan China.

"San Bao", daripada nama Cina Kota Semarang "iaitu San Bao Long", merupakan nama asal Cheng Ho. Untuk memperingati sosok tersebut, penduduk tempatan menamakan tempat beliau pertama kali mendarat di Jawa sebagai "Semarang".

Sebagai tanda memperingati Cheng Ho, kuil di Semarang iaitu Sam Poo Kong dan Tay Kak Sie masing-masing meneruskan tradisi membakar kemenyan sepanjang tahun, sekali gus menarik kunjungan ramai pelancong dari dalam dan luar Indonesia yang menghormati dan memperingati Cheng Ho.

Video

Berita Berkaitan