- Lain-lain
PM China, Malaysia Sempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Stesen Terminal Bersepadu ECRL Gombak
Perdana Menteri China, Li Qiang dan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama menyempurnakan majlis perasmian pecah tanah Stesen Terminal Bersepadu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Gombak di Kuala Lumpur pada Rabu.
Li Qiang yang sedang dalam rangka lawatan rasminya di Malaysia berkata, projek ECRL bukan sahaja merupakan laluan utama dari segi pengangkutan, tetapi juga akan memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembangunan, pengambilan pekerja dan penambahbaikan kesejahteraan rakyat.
“China bersedia berganding bahu dengan Malaysia untuk memanfaatkan ECRL sebagai landasan yang benar-benar kondusif bagi kesejahteraan rakyat setempat.
“China juga bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi mengkaji kaedah untuk menghubungkan ECRL dengan landasan kereta api China-Laos dan China-Thailand, untuk menggalakkan pembinaan koridor perdagangan darat-laut antarabangsa yang baharu supaya dapat menyumbang kepada peningkatan tahap kesalinghubungan serantau dan memperkasakan pembinaan komuniti ASEAN,” kata beliau.
Li turut menzahirkan keyakinan, dengan usaha bersama kedua-dua pihak, projek ECRL akan dibina menjadi yang berkualiti tinggi, berkecekapan tinggi, selamat dan boleh dipercayai, dan juga projek ikon bagi kerjasama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan.
Anwar Ibrahim pula dalam ucapannya menyatakan keyakinan, dengan usaha bersama Malaysia dan China serta bantuan "Kecepatan China" dan teknologi canggih, projek ECRL akan siap dibina dengan secepat mungkin dan berperanan sebagai penggerak kuat bagi pembangunan di Malaysia malah negara-negara serantau.
- TPM I Malaysia Puji Komitmen China Teroka Pembangunan Kawasan Luar Bandar
- China Patut Jadi Pilihan Utama bagi Malaysia: Sarjana
- PKS Malaysia Nanti Peluang pada CISMEF 2024
- Liu Jianchao Melawat Malaysia
- Jiangxi Promosi Kebudayaan dan Pelancongan di Malaysia
- Menteri Luar Malaysia akan Lawat China
- China, Malaysia Komited Eratkan Hubungan Tingkatkan Kerjasama
- TPM Malaysia Lawat China Bermula Hari Ini
- Sorotan Kerjasama China-Malaysia
- Jurulatih Sukan Terjun China Bertapak di Malaysia Lebih Dua Dekad
- Li Qiang, Anwar Adakan Perbincangan
- PM Li Bertemu dengan TPM I Malaysia
- ‘Utusan Khas’ China ke Malaysia Kini 10 Tahun
- TVET di China Perlu Dijadikan Contoh – TPM
- Malaysia Terima Set Pertama ETS3
- Hubungan Malaysia-China Semakin Akrab dan Rancak - Presiden MCA
- China Mahu Eratkan Hubungan dengan Malaysia, Australia dan New Zealand
- Tren Buatan China Siap, Sedia untuk Operasi di Malaysia
- China Puji Pendirian Positif PM Malaysia untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala
- PM China Mulakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia